Integrasi Ilmu Menurut Epistemologi Islam
Author: Mohd Radhi Ibrahim
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674409760
Weight:
Pages: 261
Year: 2022
Price: RM50
Integrasi ilmu ialah sebahagian daripada perbincangan dalam epistemologi yang merupakan salah satu cabang dalam falsafah. Penulisan ini menjelaskan konsep integrasi ilmu secara komprehensif menurut epistemologi Islam. Penulis cuba untuk mengemukakan pentafsiran yang menzahirkan bahawa integrasi ilmu berpotensi untuk menawarkan penyelesaian yang menyeluruh terhadap permasalahan umat Islam semasa meliputi isu kemunduran sains dan teknologi, perpecahan dalaman serta kurangnya pengamalan nilai Islam dalam kalangan penganutnya. Penulisan ini juga turut mengemukakan cadangan pengharmonian berkenaan konsep sains Islam yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan ilmuwan semasa. Sejarah ilmu menurut perspektif Islam juga turut dikemukakan sebagai alternatif terhadap sejarah ilmu daripada Barat.