Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli ~ Program Pengajian Quran dan Sunnah
Author: Shumsuddin Yabi I Norhasnira Ibrahim I Zulhilmi Mohamed Nor I Wahid Mohd Said
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674402921
Weight:
Pages: 94pp
Year: 2016
Price: RM20
Buku ini mengandungi lima topik perbincangan berkaitan integrasi ilmu naqli dan aqli di Universiti Sains Islam Malaysia, khususnya dalam Program Pengajian Quran dan Sunnah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Antara komponen utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah pengenalan mengenai USIM serta integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM dan juga latar belakang Program Pengajian Quran dan Sunnah serta integrasi ilmu naqli dan aqli yang dipraktikkan dalam program ini. Di samping itu juga, turut dimuatkan kupasan ringkas mengenai dampak pengintegrasian dalam program tersebut yang merangkumi aspek pencapaian pelajar, anugerah akademik, anugerah penyelidikan, anugerah kokurikulum, lawatan antarabangsa dan pencapaian para alumni. Buku ini juga turut menyediakan informasi mengenai satu penyelidikan yang telah berjaya dijalankan di antara kumpulan penyelidik dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,USIM dan juga Darul Quran JAKIM. Penerangan di dalam buku ini dihuraikan dengan bahasa yang ringkas dan padat di samping sisipan gambar dan rajah-rajah yang menarik dan mudah difahami oleh para pembaca.