​Integriti dalam Perkhidmatan Awam Malaysia

RM55.00
9789835216695
2 item(s)
+

Integriti dalam Perkhidmatan Awam Malaysia

Author: Mohd. Koharuddin Mohd Balwi et al.
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835216695
Weight: 
Pages: 566pp
Year: 2021
Price: RM55

Buku Integriti dalam Perkhidmatan Awam Malaysia secara umumnya memaparkan sejarah, isu, dan penyelidikan berkaitan integriti dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Penjawat awam sering terdedah pada cabaran dan dilema etika dalam menjalankan tugas seharian terutamanya dalam menjunjung dua nilai teras yang menjadi asas tanggungjawab asasi mereka, iaitu sentiasa bersikap neutral dan meletakkan kepentingan awam sebagai objektif utama perkhidmatan mereka. 

Walau bagaimanapun, dalam kehidupan seharian mereka sering terdedah pada pelbagai konflik kepentingan atau berdepan dengan dilema etika dalam membuat keputusan. Buku ini juga menelusuri beberapa isu integriti yang telah menjadi kontroversi di negara ini. 

Buku ini menarik dan sesuai untuk dibaca terutamanya kepada mereka yang ingin mendalami realiti sebenar kesedaran penjawat awam terhadap nilai integriti itu sendiri. Ini kerana kajian secara mendalam telah dilakukan sama ada secara pendekatan kuantitatif dan juga kualitatif termasuklah kaedah perbincangan kumpulan fokus. 

Sehubungan itu, buku ini membantu setiap penjawat awam mengukuhkan pengetahuan tentang integriti, etika kerja, dan isu etika yang membantu mereka membuat keputusan yang tepat dan  mampu membezakan antara yang salah dan benar, memiliki keinginan yang tinggi bagi mencari kebenaran, dan dalam masa yang sama berusaha memperkasakan integriti dalam perkhidmatan awam negara ini supaya standing dengan negara maju yang lain.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI