Intersectionality dan Naratif Politiik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia

Contact us for a price
9789672519881
2 item(s)

Intersectionality dan Naratif Politiik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia

Authors: Nurul Asmaa Ramli & Kartini Aboo Talib@Khalid
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519881
Weight: 0.6 kg
Pages: 310pp
Year: 2023
Price: RM50

Secara umumnya, penulisan mengenai budaya politik wanita Cina di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Usaha yang dilakukan ini adalah untuk memahami budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia yang merupakan komposisi kaum kedua terbesar di Malaysia. Implikasi penjajahan British yang telah membawa masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu secara beramai-ramai melalui sistem buruh, telah mewujudkan masyarakat plural dengan perbezaan etnik, agama dan budaya. Justeru, faktor multietnik ini telah menjadi konstruksi yang mempengaruhi parti dan budaya politik berasaskan gender. 

Oleh itu, penulisan ini adalah untuk mengenal pasti indikator yang mempengaruhi tingkah laku dan penglibatan wanita Cina dalam politik beserta cabaran dan usaha pemerkasaan mereka. Penulisan ini menggunakan teori intersectionality dalam memahami proses sosialisasi politik dan cabaran yang mempengaruhi tingkah laku serta budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia. Agen sosialisasi politik dibahagi kepada dua, iaitu agen sosialisasi lingkaran dalaman dan luaran. Agen sosialisasi lingkaran dalaman terdiri daripada tahap pendidikan, ekonomi, keluarga, agama, etnik, serta gender. Agen sosialisasi politik lingkaran luaran pula adalah terdiri daripada Organisasi Bukan Kerajaan NGO/persatuan, parti politik dan komuniti.

 Manakala cabaran politik terdiri dari persaingan gender, kronisme, minat terhadap politik, isu pengurusan masa, sentimen perkauman, kenyataan seksis, dominasi lelaki, pesaing politik serta ideologi politik. Agen sosialisasi serta cabaran politik yang telah dihadapi oleh wanita Cina di Semenanjung Malaysia ini dilihat saling bersilang dan bertindan seterusnya telah memberikan kesan kepada tingkah laku serta budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia. 

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI