Intervensi Krisis dalam Hubungan Menolong
Author: Rafidah Aga Mohd Jaladin & Aina Razlin Mohammad Roose
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881429
Weight:
Pages: 222pp
Year: 2021
Price : RM52
Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak dapat lepas dari dilanda krisis dalam melayari bahtera kehidupan. Krisis adalah asam garam kehidupan manusia. Kehadirannya tidak dapat diramal malah terjadi dengan tiba-tiba. Namun demikian, cara atau kaedah untuk menguruskan krisis perlukan tindakan segera tetapi bijaksana yakni mestilah berdasarkan langkah-langkah sistematik yang dapat mengembalikan kefungsian manusia. Justeru, individu yang dalam krisis perlu diberikan sokongan dan bantuan agar dia mampu mengurus aktiviti hariannya. Apa yang dimaksudkan dengan istilah krisis? Apakah jenis-jenis krisis yang biasa terjadi dalam masyarakat kita? Apakah tanda-tanda yang boleh dikesan untuk mengenal pasti seseorang itu sedang dalam krisis? Bagaimana caranya untuk menguruskan krisis dengan berkesan? Kesemua persoalan ini akan cuba dikupas dalam buku ini. Buku ini wajar dijadikan bahan bacaan umum bagi individu yang ingin memahami fenomena krisis dan situasi krisis. Pelajar kaunseling, kaunselor profesional, dan pendidik kaunselor boleh juga beroleh manfaat dari buku ini kerana ia merupakan rujukan ilmiah pantas untuk mengenali apa itu krisis dan bagaimana memberikan bantuan kepada individu yang sedang dilanda krisis. Besarlah harapan penulis agar setiap pembaca memperolehi ilmu dan kemahiran yang tepat dalam memahami dan menguruskan krisis yang melanda diri sendiri, ahli keluarga, rakan taulan dan ahli komuniti.
Kenali krisis; Uruskan krisis dengan bijaksana!