Intifadah Al-Aqsa: Kebangkitan Rakyat Palestin
Author: Mohd Roslan Mohd Nor & Abdul Qayyum M
Suhaimi
Publisher:
UM Press
ISBN: 978-967-488-023-1
Year: 2018
Price: RM38
Buku ini melihat kebangkitan besar di Palestin iaitu
intifadah pada tahun 1987 dan 2000. Tumpuan diberikan pada Intifadah al-Aqsa,
iaitu intifadah kedua pada tahun 2000 dan meneliti kesannya kepada proses damai
Arab-Israel. Proses damai yang dirangka selepas Intifadah al-Aqsa masih
berlanjutan sehingga kini. Perjanjian Oslo pula yang dirangka selepas intifadah
pertama pada tahun 1987 terhenti dengan kebangkitan Intifadah al-Aqsa. Intifadah
memberi kesan yang besar terhadap proses damai di Palestin dengan isu-isu utama
yang menjadi perbalahan sejak sekian lama seperti penempatan Yahudi, hak untuk
kembali, sempadan wilayah dan juga status Jerusalem.
Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Islam kerana kiblat pertama adalah Masjid al-Aqsa. Rakyat Palestin sudah lama menentang Israel khususnya selepas penubuhannya pada tahun 1948. Penentangan terhadap Israel turut melibatkan negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria. Konflik yang berlanjutan ini membawa kepada perbincangan dan pelan damai yang diusahakan oleh pelbagai pihak bagi mencapai keamanan di Palest