Islam Dan Alam Sekitar

RM125.00
9789672686439
2 item(s)
+

Islam Dan Alam Sekitar

Editor: Zaini Ujang, Muhammad Zainiy Uthman & Mohd Hilmi Ramli 
Publisher: UTM Press, RZS-CASIS & Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)
ISBN: 9789672686439
Weight: 2 kg
Pages: 250pp
Year: 2022
Price: RM125

Dalam karya-karya asli para ulama, pemikir, dan ahli sains silam Islam, muqadimah kepada karya-karya ini tidak pernah sunyi dari kalimat-kalimat yang membesarkan Pencipta Agung Allah S.W.T dengan melihat kepada ciptaaan Alam Raya yang pelbagai dari sekecil-kecil makhluqnya sehinggalah kepada ciptaan langit dan bumi dan seisinya. Pemeliharaan alam sekitar dengan segala unsur-unsurnya yang bernyawa dan yang tidak bernyawa adalah tanggungjawab dan amanah yang diletakkan kepada insan sebagai khalifah di muka bumi. Penjagaan alam sekitar adalah satu ibadat yang mesti dilaksanakan dengan persiapan ilmu dan amal yang berterusan, tersusun dengan tertib sesuai menepati adab kepada alam sekitar, dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul menepati kadarnya yang bersesuaian.

Karya ini adalah hasil kerjasama Program Penyelidikan Islam dan Alam Sekitar oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains, dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia.

Karya ini mengandungi tulisan pilihan dari kalangan ahli dan pakar dalam bidang pemikiran, sejarah, dan tamadun Islam mewakili beberapa institusi terkemuka dalam negara.

Dalam program penyelidikan ini juga, sebanyak sepuluh siri webinar telah dikendalikan yang menampilkan pakar, ahli akademik, pembuat polisi, dan aktivis di lapangan yang terlibat secara langsung dalam pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian sumber. Buku ini turut menampilkan ringkasan perbincangan setiap webinar tersebut. Buah fikiran dan perbincangan yang diketengahkan adalah penting buat pertimbangan masyarakat dalam menanggapi persoalan penting yang mendasar dan akan membentuk cara-gaya pemikiran masyarakat amnya.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI