Islam Dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Kontemporari Di Malaysia
Author: Mohd. Izani Mohd. Zain
Publisher:
UM Press
ISBN: 983-100-260-1
Year: 2005
Weight: 0.200
kg
Pages: 234
pp
Price: RM25
Rata-rata gerakan Islam yang menerima demokrasi meng-anggap bahawa perjuangan politik Islam yang terungkap dalam gelombang kedua kebangkitan Islam memerlukan sokongan rakyat atau kedaulatan popular (popular sovereignty). Tanpa sokongan rakyat yang diterjemahkan melalui undi, aspirasi Islam yang hendak diperjuangkan tidak akan berkesan. Mereka berpendapat bahawa kebangkitan Islam yang hendak dibawa mesti disertai dengan sokongan rakyat. Untuk itu, cara yang terbaik ialah dengan menyertai pilihan raya atau mendapatkan mandat daripada rakyat sebelum berkuasa.