Islam dan Keganasan
=====================
Penulis: Yusuf Al Qaradhawi
Penterjemah: Rosli Mokthar
ISBN: 978-983-44619-2-8
Penerbit: Casa Publication
Mukasurat: 160
Harga RM19
=====================
Keganasan ialah satu isu yang sangat diperlu difahami oleh seluruh anggota masyarakat. Ini kerana isu keganasan melibatkan seluruh warganegara samada pemimpin atau rakyat, golongan tua atau muda dan masyarakat Islam atau bukan Islam. Risalah ringkas ini ditulis oleh Dr Yusuf Al Qaradhawi bertujuan merungkaikan permasalahan ini. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kefahaman sebenar mengenai keganasan boleh menjadi satu titik-tolak penting ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni, tambahan pula isu keganasan mungkin boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai fitnah yang mengeruhkan suasana.