Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia
Author: Nazri
Muslim
Publisher: UKM
Press
ISBN: 9789674121853
Year: 2017
Weight: 0.200
kg
Pages: 286
pp
Price: RM35
Buku ini
diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai perlembagaan
dalam bahasa Melayu. Kebanyakan perbahasan ilmiah mengenai perlembagaan adalah
dalam bahasa Inggeris, bersifat teknikal undang-undang dan istilah jargon yang
hanya di fahami oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang perundangan. Jestru,
buku ini cuba mengisi kelompangan perbahasan dalam Bahasa Melayu, penggunaan
bahasa yang tidak bersifat teknikal undang-undang dan bebas dari istilah jargon
undang-undang. Di samping itu, buku ini dibahaskan dari perspektif hubungan
etnik di Malaysia dan dibekalkan dengan data yang bentuk empirikal. Kedalaman
perbincangan buku ini mengkhusus kepada dua tiang seri dalam perlembagaan iaitu
Islam dan orang Melayu yang sering kali menjadi konflik dalam masyarakat
Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Berasaskan kajian ilmiah yang
menyentuh isu-isu Islam dan orang Melayu dalam perlembagaan dari perspektif
hubungan etnik, telah mencetuskan idea untuk menghasilkan buku ini untuk
tatapan umum. Antara kandungan penting dalam buku ini ialah Islam dan Melayu
dalam perlembagaan, isu-isu yang berkaitan seperti diskriminasi perlindungan,
perbahasan peruntukan Perkara 153, kesamarataan dari pandangan Islam dan cuba
membawa misi ke arah memasyarakatkan perlembagaan. Diharap buku ini mampu
memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai Islam dan orang Melayu dalam
Perlembagaan Persekutuan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia.