Islam dan Perdamaian di Malaysia dan Indonesia
Editor: Kamarudin Salleh, Saidin Ernas
Publisher: UKM Press
ISBN: 978-967-251-581-4
Weight:
Pages: 276
Year: 2021
Price: RM45
Masyarakat Islam Malaysia dan Indonesia terkenal dengan sifat kepelbagaian atau kemajmukannya dalam semua aspek sama ada agama, budaya, bangsa, keturunan, bahasa dan lain-lain lagi tetapi secara relatifnya mampu hidup aman dan damai tanpa banyak persengketaan dan permusuhan Asas yang utuh inilah sewajarnya dijadikan asas untuk umat Islam secara khususnya dan umat-umat lain di wilayah ini hidup aman yang berkekalan. Menelusuri wacana, diskusi dan penelitian secara akademik dan ilmiah persoalan keamanan dan perdamaian menurut perspektif Islam dalam rangka berfikir dan konteks Malaysia serta Indonesia memerlukan para penyelidik dan sarjana memahami realiti, bi'ah atau notabene persekitaran kehidupan dan hubungan masyarakat Islam di wilayah ini. Keseluruhan artikel yang terdapat dalam buku ini meliputi isu berkaitan Islam dan perdamaian di Malaysia dan Indonesia yang dibincang secara akademik. Kelebihan buku ini berbanding buku yang pernah dihasilkan dalam bidang yang sama adalah sudut himpunan penulisan kepakaran ahli akademik dalam membincangkan tema Islam dan perdamaian di Malaysia dan Indonesia. Himpunan penulisan ahli akademik seperti ini jarang ditemui dalam membincangkan tema Islam dan perdamaian di kedua-dua negara ini. Perbincangan di sini bukan sekadar analisis ilmiah malah beberapa solusi juga dicadangkan yang bersifat praktikal serta boleh dilaksanakan. Semoga dengan penerbitan buku ini dapat memberi sedikit sumbangan ke arah pengembangan ilmu di samping memberikan beberapa penyelesaian terhadap permasalahan semasa yang berlaku dalam konteks pembangunan masyarakat Muslim.