Islam dan Sosialisme

RM23.00
9789670311203
Out of stock

ISLAM dan SOSIALISME

Author: H. O. S. TJOKROAMINOTO
Publisher: IKRAQ (Imprint of Gerakbudaya Enterprise)
ISBN: 9789670311203
Price: RM 23

Di rantau Nusantara, nama TJOKROAMINOTO, atau nama penuhnya Haji Umar Said Tjokroaminoto (1882-1934), sudah tidak asing lagi. Tokoh kelahiran Bakur, Madiun, Jawa Timur ini telah menempatkan nama beliau dalam sejarah nusantara sebagai pelopor dan pemimpin utama yang mengembangkan pengaruh Sarekat Islam, sebuah gerakan nasional yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara Indonesia. Beliau juga mengarang sebuah karya monumental berjudul 'Islam dan Sosialisme', iaitu antara karya yang terawal dalam membincangkan perkaitan idea Kiri dari sudut pandang Islam.

Di dalam buku kecil ini, TJOKROAMINOTO cuba bergelut dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam arus perdana wacana Islam dan Sosialisme. Beliau bertanyakan, dan cuba menjawab dengan terperinci, soal sejauh manakah pegangan agama Islam itu bercanggah, atau selari, dengan prinsip-prinsip Sosialisme? Dan sejauh manakah harakah Islamiah dan gerakan Sosialis dapat menjalinkan kerjasama dalam mengangkat agenda perjuangan rakyat dalam sesebuah negara? Apakah titik temu, dan titik perbedaan, yang harus diketahui oleh kedua-dua pihak?

Dapatkannya sekarang!


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI