Islam Di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama

RM30.00
9789672517177
5 item(s)
+

Islam Di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama

Author: Izziah Suryani Mat Resad@Arshad, Ermy Azziaty Rozali & Farid Mat Zain
Publisher: UKM Press 
ISBN: 9789672517177
Weight: 
Pages: 213 
Year: 2022
Price: RM30.00

Pemerintahan Sejarah perkembangan Islam di Negeri Sembilan tidak banyak berbeza dengan sejarah perkembangan Islam di negeri-negeri Melayu yang lain di Malaysia. Kedatangan masyarakat Minangkabau ke Negeri Sembilan menjadikan penduduknya dianggap unik kerana mereka mengamalkan adat Perpatih, namun ia tidak merencatkan perkembangan dan pemantapan Islam dalam kalangan masyarakatnya. Para ulama Negeri Sembilan berkerja keras untuk membawa umat Islam ke jalan yang diredai Allah SWT. Buku ini membincangkan secara menyeluruh daripada sejarah awal perkembangan dakwah Islam di Negeri Sembilan sehinggalah perkembangan Islam semasa. la mengandungi kupasan yang menarik mengenai peranan dan sumbangan para ulama awal di Negeri Sembilan seperti Syeikh Muhammad Said al-Linggi dan anak-anak beliau yang menyambung legasi dalam memantapkan ajaran Islam dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan dan juga di Malaysia secara umumnya. 

Buku ini menjelaskan peranan, jasa dan sumbangan ulama, bukan sahaja sebagai dai yang menyebarkan dakwah Islamiyyah secara tekal, sebagai guru yang mengembangkan kegiatan intelektual Islam dalam kalangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan, malah sebagai pakar dalam aspek pentadbiran Islam di Negeri Sembilan sama ada dari segi pentadbiran masjid, zakat dan juga institusi-institusi lain yang berkaitan dengan perkembangan hal ehwal Islam di Negeri Sembilan. Pembentukan institusi seperti Jabatan Mufti, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Lembaga Masjid adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran Islam secara tersusun dan sistematik. Di samping itu, buku ini juga mengupas beberapa isu yang menimbulkan kesangsian masyarakat awam terhadap amalan Adat Perpatih dengan memberi gambaran sebenar yang menunjukkan bahawa amalan tersebut tidak meyimpang daripada hukum Islam. Ia sangat penting supaya masyarakat awam tidak lagi mempunyai tanggapan yang salah terhadap umat Islam di Negeri Sembilan. Pelbagai aspek yang dibincangkan dalam buku ini membentuk korpus ilmu yang sangat penting dalam wacana Islam di Negeri Sembilan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI