Islam Di Nusantara: Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat

RM50.00
9789671549728
Out of stock

Islam Di Nusantara: Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat

Author: MartinVan Bruinessen

Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsan

ISBN: 9789671549728

Year: 2018

Weight: 0.450 kg

Pages: 436 pp

Price: RM50

Buku ini terhasil daripada kajian yang dilakukan secara mendalam dan dalam tempoh yang panjang, berdasarkan penyelidikan di lapangan dan melibatkan ratusan sumber rujukan dari abad ke-16 hingga yang terkini. Menerusi buku ini, pengarang menjejaki antara lain pengaruh para ulama Kurdi terhadap perkembangan Islam di Nusantara, kitab kuning, tarekat dan ilmu tasawuf.

Buku ini turut membentangkan analisis terhadap pelbagai jenis kitab kuning yang digunakan di Nusantara, selain memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan pesantren (atau pondok), tarekat dan guru-guru tarekat dalam masyarakat dan politik, khususnya di Indonesia. Menerusinya pembaca dapat memahami dinamika dan sebahagian penting sejarah Islam tradisional sebagai aliran tertua dan paling berpengaruh di Nusantara.

Biodata Pengarang

Martin van Bruinessen adalah profesor kajian perbandingan tentang masyarakat Muslim kontemporari di Universitas Utrecth dan juga di International Institute for the Study of Islam in the Modern World (ISIM). Beliau telah menjalankan banyak penyelidikan di Kurdistan, Afghanistan dan Indonesia, dengan penyelidikan lapangan yang pertama terhadap masyarakat Kurdi di Iran, Iraq, Turki, dan Syria (1974-76) berkenaan peranan tarekat dalam gerakan nasionalisme Kurdi.

Antara tahun 1982-1994, Martin meluangkan masa melakukan penyelidikan di Indonesia dan telah menerbitkan pelbagai tulisan ilmiah tentang Islam, lembaga pendidikan, tarekat dan politik di negara itu. Sebahagian hasil kajiannya di Indonesia dikumpulkan dalam buku ini.

Antara buku lain yang pernah dihasilkannya ialah Sufism and the ‘Modern’ (disusun bersama Julia Howell), The Madrasa in Asia (dengan Farish A. Noor dan Yoginder Sikand), Islam and Modernity (dengan M. Khalid Masud dan Armando Salvatore), dan Producing Islamic Knowledge in Western Europe (dengan Stefano Allievi).

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI