Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu
Author: Ungku
Maimunah Mohd. Tahir & Zulkarnain Mohamed
Publisher: UKM
Press
ISBN: 978-967-412-091-7
Weight: 0.200
kg
Pages: 184
pp
Price: RM35
Buku ini menjurus kepada persoalan yang sering mendapat
perhatian dalam medan kesusasteraan iaitu wanita serta pemerihalan dan penampilannya
dalam karya kreatif. Dalam konteks sastera Melayu, persoalan ini perlu berdepan
dengan tiga unsur penting iaitu perspektif Islam, budaya Melayu dan teori Barat
khususnya feminisme, yang terakhir selaku kerangka analisis yang kerap menjadi
pilihan penulis kreatif dan juga pengkritik. Sejauh manakah persoalan tersebut
telah ditangani secara adil dan saksama, sesuai dengan pengungkapannya dalam
karya kreatif dan kritikan yang berlatarkan budaya dan akal budi Melayu-Islam?
Atau, adalah persoalan tersebut dikesampingkan sebagai tidak relevan kerana
budaya Melayu dan agama Islam dianggap sedia tertanam secara tersirat dalam
tulisan yang terhasil? Buku ini mengetengahkan perbincangan mendalam daripada
perspektif Islam dan juga feminisme Barat agar keduanya dapat dihayati serentak
untuk membolehkan kita menjawab dengan objektif dan tepat satu soalan penting,
relevan dan serius, yang memang wajar diajukan: benarkah sastera dan kritikan
kita telah diperkayakan secara berhikmah dan bijaksana dengan penerapan
ideaidea feminisme Barat?