Islam Nan Indah
Author: Baharudin Ali Masrom Al-Haj, Rsid Muhamad
Publisher: Santai Ilmu Publication
Pages: 376
Weight: 441 gsm
Year: 2021
Price: RM32
Buku "Islam Nan Indah: Hakikat, Realiti dan Cabaran" ini ditulis dalam bentuk menyedarkan diri, terutama kepada mereka yang memilih Islam sebagai agama dan pegangan dan anutan hidupnya. Islam yang dianutinya itu, bukanlah secara kebetulan, tetapi secara pilihan. Sebagai satu pilihan, tentunya hubungan dengan Islam itu bersifat mesra, intim dan bermakna, dan bukan secara terpaksa atau dipaksa-paksa.
Kepada mereka yang baru dan ingin berjinak dan bermesra dengan Islam, maklumat yang dibincangkan, insya Allah, dapat menambahkan sedikit sebanyak kefahaman tentang hakikat dan keindahan Islam. Moga ada manfaat untuk itu.