Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu

RM79.00
2 item(s)
+

Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu

Author: Shaharir bin Muhamad Zain
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 97896786215723
Weight: 0.8 kg
Pages: 438pp
Year: 2013
Price: RM79

Selama ini tamadun rumpun Melayu hanya terkenal dengan pencapaian dalam bidang bukan sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) sahaja. Usaha membuktikan adanya pencapaian yang tinggi dalam SAKTI juga masih kurang dilakukan. Justeru, gagasan penulis, iaitu pemeribumian ilmu, khususnya dalam ilmu sains matematik diperkenalkan sejak 1990-an. Pemeribumian ilmu ialah ekskavasi ilmu karya sarjana berbahasa Melayu sejak abad kesatu Masihi (kerajaan Funan dan Campa di Indochina) hinggalah abad ke-20 Masihi, penilaian semula ilmu tersebut, dan sekali gus ilmu kini juga, mengikut perspektif rumpun-Melayu-Islam. Satu daripada tanda pencapaian sains sesebuah tamadun ialah adanya istilah dan konsep khusus tentang unit pelbagai sukatan benda. Buku ini membicarakan unit-unit sukatan yang dapat dijejaki dalam peribahasa rumpun Melayu (Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain kesemuanya diistilahkan oleh sarjana Barat abad ke-19 M dahulu sebagai Malayonesia dan Malayuwiyah oleh sarjana Palani abad yang sama). Buat pertama, kalinya, kewujudan pelbagai unil sukatan yang piawai, agak piawai dan belum terpiawai dalam sukalan bilangan, jisim atau berat, panjang (kelebaran, ketinggian dan kedalaman), luas, isi padu, dan masa serta gabungannya yang sesetengahnya mendahului tamadun lain sezamannya, didedahkan secara tuntas. Hal yang lebih menarik lagi ialah paparan banyaknya sukatan perkara-perkara yang subjektif seperti tahap perasaan (kegembiraan, kesedihan, kemurungan dan sebagainya), kekacauan, kekayaan, kemiskinan, kejahatan dan sebagainya yang dalam sains matematik kini dikelaskan sebagai benda-benda yang dibicarakan dalam bidang yang agak besar yang dinamakan sains, matematik kabur. Buku ini dapat membantu pembaca memperoleh kekuatan dan keuculan jiwa hamba dalam membina semula keyakinan diri terhadap kekuatan kebudayaan silam tamadun Malayonesia/Malayuwiyah, dan tidak kurang pentingnya mampu memberi kesedaran dan keinsafan tentang adanya potensi kebudayaan sendiri dalam mewarnai dan melakar jejak baharu dalam sains kini.


Shaharir bin Mohamad Zain (nama penanya Shaharir atau Shaharir b.M.Z.) ialah mantan profesor matematik fizik di UKM (1983 2003), profesor matematik di UMT (2006 2008) dan sejak awal 2011 dilantik sebagai Felo Penyelidik Kanan di Pusat Dialog Peradaban, UM. Di bawah Biasiswa Rancangan Kolombo (Colombo Plan Scholarship) di La Trobe University, Australia, anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Tulen dan Gunaan pada 1970 dan Ijazah Doktor Falsafah Matematik Fizik pada 1974 dengan tesisnya "A Reformulation of Quantum Mechanics via Gateaux Variation" yang memberi hukum baharu bagi zarah atom di dalam ruang yang melengkung, Beliau dianggap anak Melayu Malaysia pertama beroleh ijazah doktor falsalah dalam bidang matematik. Selepas itu, banyaklah gelaran "pertama" baginya termasuklah ahli matematik Malaysia pertama yang beroleh anugerah berprestij Fulbright Scholar untuk melakukan penyelidikan di Amerika Syarikat pada tahun 1985, yang berjaya menghasilkan formulasi dan kefahaman baharu kaedah pengkuantuman menerusi kamiran lintasan. Sejak 1980an, beliau mulai mengukir nama sebagai ideolog dan penyumbang dalam bidang pengislaman sains matematik dan sejak 1990 an, mencipta bidang baharu yang dinamakan pemeribumian ilmu. Antara karya besarnya ialah Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains, 1987 terbitan UKM (suntingan keduanya 2000), Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan kepengurusan Rumpun Melayu, 2008 terbitan UMT (suntingan keduanya 2011) dan Kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum, 2011 terbitan ASASI. Beliau beroleh beberapa penghormatan daripada komuniti ilmuwan di dalam dan luar negara seperti tersenarai dalam Who's Who Mathematicians, 1983 terbitan International Mathematical Union (berpusat di Jerman), Fellow Islamic Academy (UK) 1987. Telo Institut fizik Malaysia 1990, Fellow Institute of Mathematics with its Applications (UK) 1990, Felo Akademi Sains Malaysia 1996, I onorary Member of the Muslim Association of Advancement of Science (India) 1997, dan ditawarkan juga Tolo Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2006. Beliau yang dianggap sarjana penggiat/aktivis yang berani dan gigih kini menjadi Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), yang diangrapnya suatu perjuangan yang belum selesai.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI