Istiqamah: Jalan Ke Arah-Nya

RM30.00
9789670965215
Out of stock

Istiqamah: Jalan Ke Arah-Nya

Penulis: Mohamed Hatta Shaharom

ISBN: 9789670965215

Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd

Muka Surat: 328 pp

Harga: RM30.00

Buku setebal 328 halaman ini yang berjudul “Istiqāmah: Jalan Ke Arah-Nya” ini mengandungi 11 bab. Setiap bab membincangkan satu sifat (berjumlah 11 sifat kesemuanya) yang boleh menatijahkan Istiqāmah dalam hayat kita sebagai hamba Allah SWT yang mendambakan cinta dan reda-Nya, dengan izin Allah Maha Pembimbing. Setiap bab mempunyai anekdot “Sekelumit Kisah” (SK), iaitu pengalaman penulis serta para pejuang yang dikenalinya yang berkaitan dengan sifat-sifat ini.

Sebagai misalan, SK Bab 3 Sabar mengandungi latar belakang keluarga penulis. SK Bab 5 Ukhuwah menceritakan interaksi kami ahli-ahli Jamaah Misri (JM) (atau para pengasas Jamaah dalam kalangan pelajar Malaysia) dengan Ikhwan Muslimin Mesir. SK Bab 6 Pengorbanan menceritakan pengasasan JM oleh Lapan Rijāl pada tahun 1975 hinggalah pergabungan dengan IRC, pembinaan jamaah bersama, penubuhan Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) pada tahun 1990 dan akhir sekali penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada tahun 2009.

Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (seorang daripada lapan orang pengasas JM), telah sudi menulis Kata Pengantar buku ini..

MOHAMED HATTA SHAHAROM

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI