Isu Dan Cabaran Migrasi Indonesia Ke Malaysia
Author: Syed Abdul Razak Sayed Mahadi & Saripah Osman
Publisher: UM Press
ISBN : 9789674881344
Page: 160
Weight: 0.2
Year: 2020
Price : RM 48.00
Buku ini melihat isu-isu yang berkaitan pekerja Indonesia dalam fasa kemasukan dan selepas migrasi ke Malaysia secara menyeluruh. Rentetan sejarah kemasukan pekerja Indonesia yang begitu lama harus difahami supaya pembentukan dasar dan polisi dapat dirangka berdasarkan keperluan tenaga kerja dan kepentingan hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Indonesia. Ini adalah penting kerana kebergantungan terhadap pekerja asing dijangka akan berterusan memandangkan tuntutan terhadap keperluan tenaga kerja berkemahiran rendah masih lagi tinggi. Hubungan dua hala yang harmoni dalam pengurusan pekerja asing pasti akan memberikan kesan yang baik kepada perkembangan ekonomi dan politik di antara Malaysia dan negara pembekal tenaga kerja. Kerjasama dan hubungan yang baik pasti akan membawa impak yang positif kepada rantau ASEAN. Artikel yang dimuatkan berasaskan data empirikal meliputi pendekatan kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini juga mengguna-pakai teori-teori migrasi yang telah menjadi rujukan utama dalam kebanyakan kajian migrasi antarabangsa sebelum ini. Kesinambungan kajian ini meliputi tema-tema berkaitan jaringan sosial, aspek ekonomi, keagamaan, geopolitik, gender, hak asasi kanak-kanak dan aspek dasar dan polisi pengurusan migrasi antarabangsa di Malaysia.