Isu dan Keperluan Kaunseling Pelbagai Budaya Golongan Minoriti
Author: Kamarul Md. Shah et. al
Publisher: Penerbit UMT
ISBN: 9789672793908
Weight:
Pages: 192pp
Year: 2023
Price: RM23
Hubungan menolong dalam kaunseling pelbagai budaya dijalankan melibatkan antara dua atau lebih individu yang berbeza pandangan hidup dan persepsi dalam satu persekitaran sosial. Bagi memastikan seseorang kaunselor itu kekal kompeten, ilmu dan kemahiran kaunseling yang meliputi teori dan teknik kaunseling sahaja tidak mencukupi.
Buku ini diharapkan dapat menjelaskan sejauh mana isu dan keperluan dalam kalangan golongan minoriti berdasarkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia diambil berat oleh pengamal kaunseling dan pelajar kaunseling dalam memastikan perkhidmatan kaunseling lebih menyeluruh dan berkesan.