Isu Halal Pengguna di Malaysia

RM35.00
9789672486411
4 item(s)
+
Isu Halal Pengguna di Malaysia
Author: Abdul Munir Ismail & Nordin Ahmad
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789672486411
Weight:
Pages: 176pp
Year: 2021
Price: RM35
Badan yang sihat dan otak yang pintar bergantung kepada sumber pengambilan pemakanan seseorang. Memilih makanan yang halal lagi berkualiti suatu tuntutan dalam Islam. Di negara kita terdapat pelbagai jenis pemakanan yang menarik. Mungkin benar pendapat yang mengatakan negara Malaysia merupakan syurga makanan. Persoalan yang timbul, adakah makanan itu halal lagi baik untuk dimakan? Sebagai pengguna yang bijak adakah anda sensitif terhadap isu halal? Isu halal haram makanan, penyelewengan atau penipuan tanda halal merupakan persoalan yang tidak pernah selesai.
Buku ini cuba mengajak pembaca memahami isu halal menurut perspektif Islam sebagai panduan masyarakat memilih makanan yang halal lagi berkualiti (halalan toyyiban). Memahami tentang konsep dan hukum hakam berkaitan isu-isu halal dan persepsi pengguna terhadap isu halal suatu kemestian kepada pembaca. Buku ini juga memaparkan secara mendalam menurut perspektif Islam tentang isu makanan halal, konsep halal dan haram serta unsur keraguan dalam makanan. Turut dibincangkan cabaran umat Islam dalam menghadapi isu halal dan haram di Malaysia.

JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI