​Isu-isu Pendidikan, Bahasa, Sastera Dan Psikologi Di Malaysia

RM25.00
9679427285
3 item(s)
+

Isu-isu Pendidikan, Bahasa, Sastera Dan Psikologi Di Malaysia

Author: Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin & Ravichandran Vengadasamy

Publisher: UPM Press

ISBN: 9679427285

Weight: 200g

Pages: 160

Year: 2006

Price: RM25

Pendidikan adalah satu disiplin yang memberi jalan kepada manusia untuk memperoleh ilmu atau pengetahuan. Pendidikan juga telah mendapat perhatian daripada zaman falsafah Greek lagi, khususnya ahli falsafah seperti Socretes sehinggalah ke zaman falsafah moden dan masih lagi menjadi tumpuan tokoh-tokoh intelektual sehingga hari ini. Maka, tepat sekali jika pendidikan dijadikan tumpuan bagi perbincangan dalam buku ini. Isu-isu pendidikan, bahasa, sastera, psikologi serta teknologi maklumat yang menjadi fokus utama perbincangan dalam buku ini memantapkan lagi pemahaman tentang pendidikan. Buku ini ditulis dengan hasrat supaya isu-isu pendidikan, bahasa, sastera dan psikologi serta kemahiran menggunakan teknologi maklumat oleh para pendidik dan pelajar diambil berat dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berpengetahuan tinggi. Buku ini menyediakan wahana bersertakan bukti empirikal terkini dalam menjawab persoalan yang timbul daripada isu pendidikan bahasa, sastera dan psikologi. Penulis buku ini terdiri daripada pensyarah yang juga ahli penyelidik yang memperoleh kepakaran dalam bidang masing-masing. Sudah tentu buku ini mempunyai kelebihan dari segi wahananya memandangkan penulisnya adalah di antara mereka yang sentiasa terkini dalam pengetahuan dan perkembangan dalam bidang yang dicakupi oleh buku ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI