Isu Kekeluargaan Islam Dan Undang- Undang Malaysia

RM35.00
9789672388074
5 item(s)
+

Isu Kekeluargaan Islam Dan Undang- Undang Malaysia

Author: Faridah Jalil & Muhamad Helmi Md Said

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672388074

Pages: 196pp

Weight: 0.28kg

Year: 2019

Price : RM35

Institusi kekeluargaan merupakan suatu unit yang asas dan penting dalam kehidupan setiap manusia. Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk keperibadian individu, komuniti dan negara. Dalam menempuh arus kehidupan dalam institusi kekeluargaan, banyak isu perundangan yang timbul dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak dalam menjaga kemaslahatan umat manusia di muka bumi ini. Perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah, hak penjagaan anak dan harta sepencarian merupakan antara isu kekeluargaan Islam yang sering menjadi pertikaian dalam konteks undang-undang. Perkahwinan menurut Syarak merupakan satu-satunya cara untuk mengekalkan manusia dan kelangsungannya. Perkahwinan merupakan batu asas dan tiang agama yang terbina bagi mengukuhkan kelangsungan kehidupan umat manusia sejagat. Undang-undang keluarga Islam telah meletakkan beberapa hak dan kewajipan kepada setiap pasangan agar kehidupan menjadi lebih harmoni. Buku ini memerihalkan peruntukan-peruntukan yang penting yang terkandung dalam akta atau enakmen-enakmen keluarga islam di Malaysia. Undang-undang Keluarga Islam yang termaktub dalam akta atau enakmen-enakmen setiap negeri di Malaysia ialah undang-undang yang menjelaskan tentang Isu-isu yang penting, seperti nafkah untuk anak angkat, radhaah (penyusuan anak), permohonan nusyuz, status (taraf) anak, pengesahan perkahwinan dan pemelukan agama Islam. Setiap bab dalam buku ini membincangkan isu-isu kekeluargaan Islam dengan menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Buku ini dapat menjadi rujukan yang penting kepada pengamal undang-undang, ahli akademik, pelajar undang-undang di samping sesuai untuk dijadikan pembacaan bagi khalayak umum.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI