Isu Kemasyarakatan Menurut Perspektif Syariah
Editor: Md Yazid Ahmad, Muhammad Adib Samsudin &
Muhammad Zaini Yahya
Publisher: UKM
Press
ISBN: 9789674125165
Year: 2018
Pages: 158pp
Price: RM40
Buku Isu-isu kemasyarakatan Menurut Perspektif Syariah ini memuatkan sebanyak 10 bab berhubung kepelbagaian dimensi penerokaan isu kemasyarakatan semasa. Kesemua bab dalam buku ini adalah berteraskan kepada aspek penyelidikan menerusi pemerolehan geran-geran penyelidikan oleh warga akademik Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam di UKM. Bab-bab dalam buku ini mengupas isu-isu kemasyarakatan semasa yang digarap dalam 10 tajuk bab. Tajuk-tajuk bab tersebut ialah Kekeliruan Pemahaman Ungkapan Imam Syafie Menurut Perspektif Syarak, Tanggungjawab dan sokongan Pemerintah, Ibubapa dan Masyarakat Terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) Menurut Syarak, Pewarisan Harta Pusaka Saudara Baru di Malaysia, Krisis Keganasan di Syiria: Penyelesaian Oleh PBB, Konsep Kebebasan Kehakiman (Istiqal Al-Qada’) Menurut Syariat Islam, Pra Siasatan Waris Sebagai Pendekatan Signifikan Pra Bicara Pusaka Dalam Islam, Soratan Literatur Terhadap Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Suspek Kanak-kanak, Kebebasan Bersuara dan Jaminannya Terhadap Agama Islam Menurut Perlembagaan Perseketuan di Malaysia. Penerbitan ini merupakan wahana bagi memertabatkan hasil-hasil kejaian penyelidikan yang berpaksikan Syariah di persada antarabangsa sekaligus berperanan sebagai pemankin untuk menyemarakkan dan memeriahkan penyelidikan Islam bagi mendepani isu-isu kemasyarakatan semasa umat Islam dan manusia sejagat.