Isu Semasa Dalam Undang-Undang Perubatan Dan Kesihatan Di Malaysia

RM30.00
9789672516149
4 item(s)
+

Isu Semasa Dalam Undang-Undang Perubatan Dan Kesihatan Di Malaysia

Editor: Mohd Zamre Mohd Zahir
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516149
Weight: 0.243 kg
Pages: 152pp
Year: 2021
Price: RM30

Isu perubatan dan kesihatan merangkumi skop yang amat luas, daripada ubat-ubatan, rawatan dan penjagaan kesihatan sehingga isu makanan. Buku Isu semasa dalam Undang-undang Perubatan dan Kesihatan di Malaysia ini menghimpunkan karya akademik dalam membincangkan perkara-perkara berhubung dengan perubatan dan kesihatan untuk mencapai kesihatan yang terbaik. Buku ini turut mengandungi perbincangan tentang isu kesihatan semasa COVID-19. Bukan itu sahaja, berdasarkan prinsip autonomi, setiap orang mempunyai hak terhadap kesihatan. Setiap orang berhak untuk mendapatkan rawatan termasuklah rawatan akibat COVID-19. Isu berkaitan hak kesihatan bagi komuniti transgender menurut kesihatan turut disentuh. Hal berkaitan produk nutraseutikal dan persoalan sama ada produk ini merupakan makanan kesihatan atau ubat dianalisis dalam buku ini. Buku ini juga turut membincangkan tentang kesihatan warga emas terutamanya berhubung dengan Alzheimer yang sering menyerang warga emas. Akhir sekali, buku ini juga membicarakan tentang masalah yang dihadapi oleh pesakit dalam tuntutan kecuaian perubatan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI