Jalan Tegak

RM39.00
9789672858355
5 item(s)
+

Jalan Tegak

Author: Syed Saddiq
Publisher: Alaf 21
ISBN: 9789672858355
Weight: 0.5 kg
Pages: 319
Year: 2024
Price: RM39

Jalan Tegak membawa pembaca menyelami kehidupan penulis dari pentas debat ke kerusi parlimen. Zaman kanak-kanak yang diwarnai kenakalan, zaman remaja dalam disiplin ketenteraan, kemudian mendewasa sebagai menteri paling muda di Malaysia. Dan pada usia semuda itu, peranan beliau terakam dalam beberapa sejarah penting negara; tumbangnya Barisan Nasional (2018), krisis Langkah Sheraton (2020) dan pembentukan kerajaan perpaduan (2022).
 
Telusuri usaha Syed Saddiq memimpin erat tangan penduduk Muar yang diwakilinya, terutama ketika pandemik. Bahkan parti MUDA yang diasaskannya juga begitu aktif membantu rakyat ketika banjir besar melanda negara (2021).
 
Melalui memoir ini, beliau membuktikan keteguhan prinsip ketika mendepani percaturan politik, juga kelantangannya mengungkapkan suara generasi muda walaupun cuba didiamkan oleh pihak tertentu. Sebagai idealis, beliau turut melontarkan saran dan harapan untuk Malaysia yang lebih baik.
 
Bagi orang muda, ini kisah inspirasi mencapai impian. Bagi rakyat Malaysia seluruhnya, ini kisah di sebalik tabir peristiwa-peristiwa politik, juga pemikiran yang mengajak kita untuk merenung dan mungkin, bertindak.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI