Jangan Pertikaikan Kewujudannya: Laksamana Hang Tuah Wira Melayu Sejagat

RM35.00
9789832600466
2 item(s)
+

Jangan Pertikaikan Kewujudannya: Laksamana Hang Tuah Wira Melayu Sejagat

Author: Mohd Jamil Mukmin, PhD
Publisher: Institut Tun Perak
ISBN: 9789832600466
Weight: 0.3kg
Pages: 165pp
Year: 2016
Price: RM

Pada masa ini Prof. (Adj.) Datuk Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin adalah Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dari tahun 2000 hingga sekarang. Sebelum itu beliau bertugas di dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) (1975 hingga 1994), Pengurus Besar IKSEP (1994-1997) dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (1997-2000).

Memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam bidang Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2005. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dan Diploma Pentadbir Awam (DPA) dari Universiti Malaya (UM), masing-masing pada tahun 1970 dan 1978. Beliau mendapat Sarjana Pentadbiran Awam (Master in Public Administration) (MPA) dari University of Southern California,

Los Angeles, USA (1981). Beliau telah mengikuti kursus di dalam Program Penilaian dan Pengurusan Pelaburan (Programme on Investment Appraisal and Management) (PIAM) dari University of Havard, Boston, USA (1986). Beliau telah dilantik Profesor Adjung oleh Kolej Universiti Islam Melaka pada tahun 2013.

Beliau aktif menulis sejak di sekolah menengah lagi. Di antara buku-buku yang telah dihasilkan ialah: Laksamana, Cheng Ho : Dalam Sejarah Melaka Dan Hubungan Diplomatik Dengan Dinasti Ming Di China (2012), Sejarah Kerajaan-kerajaan Islam-Secara Ringkas dan Sejarah Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara-Secara Ringkas (2012), Gerakan Islam di Malaysia: Kesinambungan, Respons dan Perubahan (1957-2000): Gerakan Belia 4B Malaysia: Sejarah, Perjuangan dan cabaran (2002): Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, cetakan pertama, (1994), cetakan kedua (2004): Peranan dan Fungsi Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Suatu Analisis-Pergerakan Jentera Pembangunan (1998): Dasar Belia Negara-Satu Tinjauan (1994); Islam Kebenaran dan keadilan (1993) dan Sejarah Perkembangan Islam (1992).


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI