Jati Diri dan Psikik Melayu

RM20.00
9789834187279
Out of stock

Jati Diri dan Psikik Melayu

Author: Ahmad Mohamad Said

Publisher: Akademi Kajian Ketamadunan

ISBN : 9789834187279

Weight: 0.250 kg

Year: 2020

Page: 212pp

Price : RM20

Melalui karyanya ini, Haji Ahmad Mohamad Said yang sememangnya bepengalaman luas di dalam dunia kependidikan di Malaysia, berusaha membedah sebab-musabab kemunculan masyarakat Melayu yang terbenam (submerged) dari ranah sejarah yang dalam. Melalui analisis sejarahnya serta penerapan kerangka pedagogy of the oppresed, beliau berusaha merungkai satu-persatu sebab musabab pembentukan psikik Melayu dengan segala momokan negatif seperti ‘Melayu Malas’, ‘Melayu mudah lupa’ dan banyak lagi. Mungkin kenyataan itu pahit tetapi itulah realiti sejarah. Proses penindasan dan pembodohan yang berlangsung sekian lama sama ada melalui pendidikan mahupun politik menyumbang kepada pembentukan jati diri dan psikik Melayu yang khusus itu. Ini dapat disorot pada perlaksanaan sistem feudal klasik yang menindas, penjajahan yang bertunjangkan kapitalisme dan seterusnya kelahiran ahli-ahli politik pasca penjajahan sebagai golongan neo-feudal, semuanya menyumbang ke arah mencorakkan masyarakat Melayu ‘terbenam’ itu. Tiada jalan lain melainkan umat Melayu perlu melakukan perubahan psikik dan keluar dari perangkap minda dan kesedaran palsu yang selama ini menjerat mereka. Semoga analisis sejarah dan cara pandang pendidikan kritis Haji Ahmad M. Said ditambah pula cadangan-cadangannya yang bernas dan mencerahkan dapat mencetuskan ‘conscientizacao’ seterusnya menggerakkan ‘revolusi psikik’ umat Melayu seluruhnya. Hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi ialah bahawa bangsa Melayu tidak kuat dan ternyata sedikit sebanyak kekuatan yang berbaki itu, terus menerus terhakis… Justeru itu kita perlu kejutkan diri kita dan seluruh bangsa kita, kepada hakikat pahit bahawa gambaran-gambaran muluk dan lambang-lambang kuasa yang kelihatan gagah itu sebenarnya sedang lompong dan di bawah tapak kaki kita terdapat arus keras yang sedang menghakis saki baki kekuatan yang masih ada. Seperti Highland Tower, segagah manapun kelihatan pada zahirnya, akhirnya ia menyembah bumi. Kita jangan diperangkap oleh ‘perasaan selamat yang palsu’ (false sense of consciosness) dan tertipu dengan simbol, retorika dan pesta.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI