​Jati Diri: Pembinaan Dan Pemantapan

RM38.00
9789831008720
2 item(s)
+

Jati Diri: Pembinaan Dan Pemantapan

Author/Editor: Zainol Abidin Kasim

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008720

Weight: 300

Pages:

Year: 2016

Price: RM38

Buku yang dikenali sebagai, ‘Jati Diri: Pembinaan dan Pemantapan’ ini sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan skil dan motivasi dalam persediaan menghadapi cabaran pembelajaran di kampus. Pada dasarnya buku ini akan menjadi buku rujukan pelajarpelajar yang mengikuti kursus persediaan di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (PASUM). Walau bagaimanapun ia juga boleh digunakan sebagai rujukan di pusatpusat asasi institusi lain, di kolej-kolej matrikulasi seluruh Malaysia atau penuntut-penuntut STPM. Buku ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar membina dan memantapkan lagi jati diri yang diamalkan sebelum ini untuk menjalani kehidupan di kampus dengan lebih berkesan dan terkawal. Dengan mengamalkan jati diri yang betul, pelajar akan lebih bersedia apabila berhadapan dengan cabaran pembelajaran di kelas atau kuliah. Selain itu, ia mampu menangani masalah hubungan dengan rakan sebaya dan juga pensyarah.

Oleh yang demikian, sebuah buku rujukan yang komprehensif dan berkesan diperkenalkan. Buku ini ditulis dan disusun dengan merujuk penulisan penulisan pakar dan sarjana serta hasil tinjauan, pengalaman dan idea penulis. Antara tajuk penulisan yang dipilih sebagai rujukan dalam usaha memantapkan lagi amalan jati diri pelajar ke arah yang positif dan baik ialah persediaan sebelum belajar, aspek pemantapan skil, aspek motivasi dan cara menangani dan mengurus stres. Aspek pemantapan skil merangkumi pemantapan dari segi skil mengambil nota, belajar secara berkumpulan, pengurusan masa dan pengurusan diri. Aspek motivasi pula merangkumi pemantapan dari segi nilai peribadi yang positif, sikap ingin membantu, kesediaan untuk berubah, cara bagaimana menilai kelemahan dan kekuatan diri dan cara bagaimana membentuk imej yang positif. Topik tambahan iaitu Komunikasi yang berkesan dan unsur-unsur jati diri dan budaya positif masyarakat Jepun juga dimuatkan dalam buku ini memandangkan mereka merupakan salah satu bangsa yang menjaga nilai jati diri walau di mana mereka berada. Secara ringkas, buku ini ditulis untuk membantu pelajar memahami dan mengamalkan nilai jati diri yang boleh dicontohi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI