Jenayah Keganasan Rumah Tangga
Author: Jal Zabdi Mohd Yusoff
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831005019
Weight: 0.200kg
Year: 2010
Page: 197
Price : RM40
Buku Jenayah Keganasan Rumah Tangga (Edisi Kedua) ini diterbitkan dengan beberapa penambahan kepada edisi pertama. Antaranya adalah berkenaan dengan penderaan terhadap warga tua. Secara amnya, buku ini cuba memberi gambaran secara keseluruhan mengenai keganasan yang berlaku dalam keluarga bermula dengan penderaan terhadap isteri, suami kanak-kanak dan warga tua. Buku ini mengetengahkan pendapat bahawa keganasan dalam keluarga ini merupakan perbuatan jenayah dan hendaklah dibendung dengan segera bagi mengelak menjadi lebih serius. Pada masa sama perbincangan juga meliputi undang-undang yang terpakai pada masa kini berkenaan dengan kes-kes keganasan rumah tangga. Menyedari bahawa kumpulan pembaca juga terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai latar belakang undang-undang, maka buku ini diolah dengan menggunakan bahasa yang mudah supaya input-input utama dapat disampaikan kepada golongan pembaca.