Jenayah Pekerjaan di Malaysia
Editors : Mohd Nasir Selamat et.al
Publisher: UKM Press
ISBN:9786294861596
Weight: 0.35
Pages: 185 pp
Year: 2024
Price: RM40
Buku Jenayah Pekerjaan di Malaysia adalah sebuah buku yang membincangkan dan mendedahkan realiti kes-kes jenayah pekerjaan serta Industri yang dihadapi dalam dunia pekerjaan di Malaysia. Istilah jenayah pekerjaan yang digunakan melambangkan perkara negatif yang boleh memberi kesan sampingan kepada pihak terlibat terutama pekerja. majikan dan pihak yang berhubung kalt dengan organisasi itu sendiri.
Istilah tersebut merujuk kepada salah laku dan penyelewengan sepanjang aktiviti kerja yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sama ada peringkat pekerja mahupun majikan terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya hingga memberi kesan kepada pihak lain, antara yang dibincangkan adalah seperti jenayah pemerdangan manusia untuk buruh kasar, salah laku pengambilan pekerja asing tanpa permit, tingkah laku tidak produktif dalam organisasi, buli di tempat kerja, gangguan sekssual, jenayah salah laku rasuah, keganasan di tempat kerja dan seumpamanya.
Isu-isu terkini juga merupakan inti pati yang cuba diketengahkan dalam karya dalam setiap bab dalam buku ini. Buku ini akan mengupas satu persatu topik berkaitan dengan masalah pekerjaan beserta kes-kes realiti yang berlaku dan disokong oleh kajian imperikal sama ada daripada dalam mahupun luar negara. Diharapkan naskah buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk pekerja, majikan, pihak pengurusan sumber manusia organisasi dan pihak berkepentingan seperti Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha mengangani isu-isu jenayah pekerjaan di Malaysia.