Jepun: Sejarah Dan Budaya
Author/Editor: W. Scott Morton
Publisher: UM Press
ISBN: 9831004086
Weight: 200
Pages: 207
Year: 2006
Price: RM30
Jepun: Sejarah dan Budaya ditujukan khususnya kepada para pelajar sejarah Jepun yang ingin mendalami asal-usul dan perkembangan negara Jepun dari aspek budaya, politik, ekonomi dan sosial. Sebanyak lima belas bab dipersembahkan dalam buku ini yang membincangkan tempoh sejarah dari awal peradaban iaitu kira-kira 3000 SM sehingga zaman ini. Aspek sejarah dan tumpuan buku ini merangkumi aspek seni, budaya, bangsa, agama, pertanian dan perdagangan. Selain itu, aspek penting yang diberi huraian ialah tentang kehidupan istana dan juga kehidupan awam dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan serta sosial.