​Juang Mat Sabu

RM34.00
9789672634119
1 item(s)
+

Juang Mat Sabu

Author: Mohamad Sabu
Publisher: Mohamad Sabu 
ISBN: 9789672634119
Weight: 
Pages: 252pp
Year: 2021
Price: RM34

"Orang tua-tua, mentafsirkan dua pusaran rambut di kepala bermakna saya ketegaq - keras dan melawan." - Mat Sabu

Buku ini tidaklah ditulis dan disusun untuk menonjolkan kehebatan Mat Sabu ataupun bertujuan mengagung-agungkan dirinya. 

Itu bukan dirinya sebagaimana beliau sendiri berasa janggal untuk menerima anugerah pangkat dan bintang kebesaran kerana keperibadiannya yang sejak dulu lebih selesa dikenali sebagai orang kecil dan kebanyakan.

Buku ini ditulis untuk berkongsi pengalaman dan sudut pandang beliau kepada masyarakat khususnya generasi muda sebagai pewaris kepimpinan negara.

Di dalam bab-bab awal buku ini, penulisan ditumpukan kepada perjalanan hidup beliau sejak dilahirkan pada tahun 1954 hingga tahun 2021. 

Cerita di sebalik tabir beberapa peristiwa politik yang berlaku dihuraikan secara santai dan bersahaja. Pelbagai tuduhan dan kekeliruan yang ditimbulkan terhadap beliau telah dijawab dengan jelas dan terang. 

Dalam bab-bab kemudiannya pula, penulisan lebih berfokus kepada pemikiran atau sudut pandang beliau dalam pelbagai isu khususnya politik tempatan dan antarabangsa.

Buku ini sedikit sebanyak menjelaskan sebab mengapa susuk biasa ini boleh diterima sebagai pemimpin utama sebuah parti Islam yang di dalamnya terbaris sebegitu ramai tokoh-tokoh hebat dalam pelbagai bidang kepakaran.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI