Kaedah & Teknik Penyelidikan Linguistik Melayu
Authors: Maslida Yusof, Karim Harun & Rahim Aman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512660
Weight: 0.39kg
Pages: 251pp
Year: 2021
Price: RM40
Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan, ianya memerlukan metod atau kaedah dalam mendapatkan data atau dapatan kajian. Dengan data yang mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik. Untuk mendapatkan data yang baik ini, kaedah penyelidikan kajian tersebut haruslah sempurna dan mengikut prosidurnya yang tersendiri. Dalam bidang linguistik, terdapat dua jenis penyelidikan yang lazim digunakan, iaitu penyelidikan yang berbentuk kepustakaan dan penyelidikan lapangan. Buku Kaedah dan Teknik Penyelidikan Linguistik Melayu ditulis oleh penyelidik linguistik Melayu yang menekankan pengumpulan dan pengolahan data bahasa. Buku ini memaparkan beberapa kaedah dan teknik daripada beberapa bidang linguistik seperti fonetik, sintaksis, semantik, dialektologi, sosiolinguistik, sejarah linguistik dan pragmatik berdasarkan pengalaman dan kepakaran penyelidik dalam bidang masing-masing. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan para pelajar, penyelidik bahasa dan peminat bahasa yang ingin membuat penyelidikan dalam bahasa dan linguistik.
MASLIDA YUSOF, PhD., adalah Profesor Madya yang mempunyai kepakaran dalam bidang Semantik dan Pragmatik.
KARIM HARUN, PhD., adalah Profesor Madya yang banyak menjalankan penyelidikan dalam bidang Sejarah Linguistik dan Psikolinguistik.
RAHIM BIN AMAN, PhD, adalah Profesor dalam bidang Linguistik, Sejarah dan Dialektologi. Kesemuanya adalah pensyarah di Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.