Kaedah-kaedah Fiqh Dalam Muamalat Asas Dan Aplikasi

RM48.00
9789674883157
2 item(s)
+

Kaedah-kaedah Fiqh Dalam Muamalat Asas Dan Aplikasi

Editor: Mohd Shahid Mohd Noh & Mohd Zaidi Daud
Publisher: Universiti Malaya Press
ISBN: 9789674883157
Weight: 
Pages: 
Year: 2024
Price: RM48

Kaedah-kaedah fiqh adalah suatu disiplin yang telah disusun oleh para ulama syariah sejak beberapa abad yang lepas. Ilmu ini telah menyumbang banyak dalam pelbagai aspek fiqh terutamanya muamalat khususnya dalam pembinaan polisi, undang-undang serta garis panduan yang lengkap bagi panduan umat Islam dalam memandu mereka kepada aktiviti muamalat yang patuh syariah.

Berpandukan kepada karangan para ulama serta ilmuwan dalam ilmu ini, buku ini membawa pembaca untuk melihat dimensi teoritikal berkaitan kaedah-kaedah fiqh yang diguna pakai dalam perundangan muamalat mengikut kaedahyang telah disepakati oleh para ulama. Seterusnya, kaedah itu diterjemahkan kepada penggunaan yang berbentuk praktikal bagi memudahkan kefahaman para ulama dan penuntut ilmu dalam mengaplikasikannya pada kes atau senario yang baharu wujud dalam dunia muamalat.

Selari dengan perkembangan masa dan teknologi, penggunaan kaedah ini juga digunakan secara meluas dalam praktis kewangan moden terutamanya yang melibatkan institusi kewangan Islam (IKI) seperti perbankan, takaful dan pasaran modal Islam. Tidak terhad dengan itu, buku ini juga membawa isu-isu harian yang berlaku dalam transaksi kewangan yang tidak melibatkan pihak ketiga seperti jual beli, sewaan dan lain-lain.

Buku ini disusun sebagai bahan bacaan umum serta sebagai rujukan utama bagi para pelajar dalam bidang syariah, muamalat, dan kewangan Islam. Dengan demikian, buku ini memberikan pandangan mendalam terhadap kaedah-kaedah fiqh yang relevan dalam konteks muamalat serta memberikan aplikasi praktikal yang sesuai dengan keperluan semasa umat Islam.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI