Kaedah Tepat Memahami Hadis
Author: Faisal Ahmad Shah
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-842-3
Year: 2017
Weight: 0.420kg
Pages: 320 pp
Price: RM64
Buku Kaedah Tepat Memahami Hadis merupakan sebuah karya yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah tepat dalam memahami hadis-hadis nabi SAW. Munculnya aliran-aliran pemikiran moden seperti Orientalis, antihadis dan liberal di samping tersebarnya pemikiran terdahulu seperti Syiah, Khawarij dan Muktazilah menjadikan karya ini penting untuk diteliti dan dipelajari. Penolakan hadis sahih oleh golongan ini adalah berpunca antaranya berpada dengan satu hadis sahaja tanpa melihat kepada riwayat lain, berpegang dengan zahir nas tanpa melihat kepada maqasidnya, mentakwil hadis dengan takwilan yang fasid, tidak melihat kepada sabab wurud hadith, menggunakan logik akal semata-mata, menolak hadis kerana bertentangan dengan fakta sains dan sebagainya.
Buku ini mengandungi empat bab utama yang antaranya memfokuskan kepada kepentingan fiqh al-hadith, metode nabi, para sahabat, tabiin dan ulama hadis dalam fiqh al-hadith. Perbincangan seterusnya tertumpu kepada metode para ulama hadis dalam menilai sanad dan matan hadis. Bab yang penting dalam buku ini ialah perbincangan mengenai 20 kaedah tepat dalam memahami hadis berserta contoh bagi memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini diakhiri dengan pendedahan pemikiran aliran-aliran menyeleweng dan kefahaman mereka terhadap hadis-hadis nabi. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat Islam dalam memahami hadis-hadis nabi SAW seterusnya menolak tohmahan dan penyelewengan terhadap kandungan hadis-hadis nabi SAW.