Kamus Kata: Bahasa Melayu Malaysia - Bahasa Indonesia
Author: Rusdi Abdullah
Publisher: UKM Press
ISBN : 9789674123932
Pages: 242
Weight :
Year: 2016
Price : RM 35
Kamus ini disusun bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara penutur bahasa melayu Malaysia dengan penutur bahasa (Melayu) Indonesia. Sejak kemerdekaan Indonesia dan Malaysia, bahasa Melayu di kedua-dua negara berkembangan dengan acuan dan keperluan masing-masing. Untuk saling faham-memahami komunikasi antara kedua-dua belah pihak, para penutur mesti mempunyai pengetahuan bahawa terdapat perbezaan dalam kedua-dua bahasa dari segi pilihan kata, bunyi kata dan makna kata. Bahasa Melayu (Malaysia) masih kukuh unsur kemelayuannya walaupun dilanda arus pemodenan bahasa. Walau bagaimanpun, bahasa Indonesia yang asalnya ialah bahasa Melayu yang sama seperti bahasa Melayu Malaysia semakin diresapi kata-kata daripada bahasa lain yang ada di Indonesia sendiri terutamanya bahasa Jawa (yang paling ramai penutur aslinya). Selain kata serapan daripada bahasa Belanda, banyak kata bahasa Inggeris diindonesiakan menyebabkan banyak kata Bahasa Melayu yang ada dalambBahasa Indonesia semakin terpinggir dan dilupakan. Variasi/dialek geografis bahasa Melayu juga mewujudkan satu kumpulan kata yang sama tetapi berbeza maknanya dalam kedua-dua Bahasa tersebut sehingga menimbulkan salah faham yang serius. Untuk menjelaskan perbezaan itu, kamus ini dibahagi kepada tiga bahagian bagi memudahkan para penutur kedua-dua bahasa memahami perbezaan yang ada supaya dapat berkomunikasi dalam bahasa lisan dan bahasa tulisan dengan lancar.