Kaunseling Kelompok: Proses, Kemahiran Dan Isu
Author: Asmah Ismail
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674403287
Weight:
Year: 2017
Page:
Price : RM30
Buku ini diterbitkan bagi memberi pencerahan dan membetulkan salah faham yang wujud dalam kalangan pelajar, kaunselor pelatih dan kaunselor tentang fungsi kerja kelompok khususnya kelompok kaunseling, kepimpinan dan kemahiran mengendali kelompok. Setiap topik diterangkan dengan jelas dan disertakan dengan aplikasi bagi kes sebenar kepada kelompok. Buku ini sesuai dijadikan panduan dalam merancang pembentukan kelompok, menilai keberkesanan kelompok, mengurus persoalan etika dan isu berkaitan ahli dan kelompok untuk meningkatkan kompetensi dalam mengendalikan kelompok kaunseling dengan lebih berkesan.
Asmah Ismail ialah pensyarah di Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Beliau telah memperoleh pendidikan Sarjana Muda Psikologi, Sarjana (Kaunseling dan Psikologi Personal Pelajar) dari University of Minnesota-Twin Cities, USA dan Doktor Falsafah (Kaunseling) dari Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau berpengalaman mengendali kursus berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah. Banyak menerbitkan modul kursus pengajian jarak jauh UPM, buku Tekanan Emosi: Pendekatan Kognitif dan Fizikal serta penyumbang artikel bagi majalah Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).