KAUNSELING REHABILITASI TEORI DAN AMALAN

RM55.00
978-967-488-382-9
2 item(s)
+

KAUNSELING REHABILITASI TEORI DAN AMALAN

Author: Aina Razlin Mohammad Roose Rafidah Aga Mohd Jaladin Ahmad Shamsuri Muhamad
Publisher: UM PRESS
ISBN:978-967-488-382-9
Page: 
Year: 2025
Price: RM55

Kaunseling Rehabilitasi: Teori dan Amalan merupakan sebuah karya ilmiah yang menawarkan pandangan komprehensif mengenai aspek teori dan praktik dalam kaunseling rehabilitasi. Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca tentang kewujudan bidang berfokus yang dinamakan kaunseling rehabilitasi atau kaunseling pemulihan khusus untuk membantu klien dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Buku ini mengupas pelbagai pendekatan yang digunakan dalam membantu OKU menghadapi cabaran dan kesulitan dalam proses pemulihan, sama ada dari segi fizikal, emosi, atau sosial. 

Melalui penerangan terperinci tentang konsep asas, sejarah kebangkitan, pelbagai model konsepsual dan teori-teori yang mendasari amalan kaunseling, buku ini mengukuhkan asas dan kerangka teoritikal kaunselor dan pengamal kesihatan mental dalam bidang kaunseling rehabilitasi. Buku ini turut mengupas secara mendalam mengenai amalan praktikal yang sesuai digunakan oleh kaunselor dalam membantu klien OKU melalui proses rehabilitasi. Melalui penerokaan model-model amalan terpilih dan penggunaan pendekatan holistik dan pelbagai strategi intervensi berkesan, buku ini memberi panduan berguna kepada pengamal kaunseling, pelajar, dan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan kaunseling rehabilitasi.

Buku ini juga menekankan kepentingan peranan dan fungsi kaunselor rehabilitasi, kepatuhan kepada etika dan profesionalisme dalam amalan kaunseling, serta kesesuaian pendekatan kaunseling kelompok dalam membantu klien OKU membina kekuatan serta daya tahan untuk mencapai pemulihan yang berkekalan. Dengan penerangan yang mudah difahami, buku Kaunseling Rehabilitasi: Teori dan Amalan ini amat sesuai dijadikan sumber rujukan dan panduan utama bagi komuniti kaunselor, pensyarah, pelajar, dan pihak yang terlibat dalam perkhidmatan rehabilitasi.

Ia seumpama pemangkin untuk mereka mendalami pengetahuan dan meningkatkan
kemahiran dalam usaha membantu individu OKU mendapat kesejahteraan dan kefungsian serta kualiti hidup yang baik. Melalui proses rehabilitasi sistematik, buku ini juga menekankan kepentingan empati, komunikasi, dan sokongan berterusan dalam memperkasa golongan OKU.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI