KBAT Dalam Pendidikan di Malaysia
Editor: Vishalache Balakrishnan
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881436
Weight:
Year: 2020
Page:
Price : RM48
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) termasuklah aspek kritikal, kreatif, logikal, metakognisi dan refleksi yang mendalam. KBAT diaktifkan apabila individu berhadapan dengan masalah yang luar biasa, ketidaktentuan seperti pandemik COVID-19, pelbagai soalan yang tidak terjawab dan dilema moral harian yang berterusan. Kejayaan KBAT bergantung kepada kebolehan seseorang individu mengaplikasi, menstruktur semula dan mengguna pakai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam konteks pemikiran. Buku ini bertujuan untuk membantu semua pihak yang berminat dalam pengajaran KBAT secara formal daninformal. Sehubungan itu, pelbagai strategi pengajaran dan persekitaran pembelajaran yang membantu pertumbuhan KBAT dibincangkan dalam buku ini.