Ke Arah Pembangunan Rantau Damai: Dinamika Asia Tenggara & Laut China Selatan
Author: Rashila Ramli
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674125769
Pages: 67 pp
Year: 2018
Weight: 0.2kg
Price: RM20
Dari segi sejarah, Laut China Selatan menjadi laluan perhubungan, pelayaran dan pengankutan terbuka yang penting di antara pulau-pulau dengan tanah besar di rantau Asia Tenggara, dan laluan perairan yang utama di antara Benua Eropah dengan Asia. Pada zaman globalisasi oriental klasik, kawasan perairan ini diguna tanpa perbalahan tentang sempadan. Namun, globalisasi oksidental yang bermula dengan penerokaan dan penjajahan Barat serta kemunculan negara bangsa membawa pemikiran tentang pemilikan sempadan. Pada 1948, apabila China menghasilkan Peta Garis Putus Sembilan (9-Dash Line), tindakan ini menjadi pencetus bagi Laut China Selatan ditangani sebagai isu keselamatan strategik oleh banyak perlaku, khususnya China, negara-negara anggota ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). Perkara ini mulai ketara mulai 1970-an. Menjelang 2009 sehingga sekarang, terdapat enam tuntutan yang pelbagai dan sering bertentangan terhadap rantau ini.