Keadilan Sebagai Kesaksamaan
Penulis: John Rawls
Penterjemah: Ammar Gazali
ISBN: 9789671441886
Muka Surat: 400
Penerbit: Inisiatif Buku Darul
Ehsan
Tahun: 2017
Harga:
Buku ini berasal daripada
syarahan-syarahan dalam bidang falsafah politik yang disampaikan oleh John
Rawls di Universiti Havard pada 1980-an. Syarahan-syarahan beliau dalam tempoh
itu menjadi satu pernyataan semula terhadap teori “keadilan sebagai
kesaksamaan” beliau, yag disemak semula bersesuaian dengan kajian terbaru
beliau dan juga bukunya Political Liberalism (1993).
Seperti yang dinyatakan Rawls
dalam kata pengantar, pernyataan semula ini mempersembahkan, “Dalam satu tempat
keterangan tentang keadilan sebagai kesaksamaan seperti mana yang saya lihat
sekarang ini, berdasarkan semua hasil kerja (saya dahulu)”. Beliau memberikan
tinjauan luas garis utama pemikirannya dan juga mengkaji beberapa isu-isu yang
tidak pernah dalam tulisannya yang lain.
Semenjak penerbitkan buku beliau, A Theory of Justice (1971), idea-idea beliau masih relevan dan mempunyai kekuatan tersendiri dalam perbahasan tentang liberalisme. Buku ini menunjukkan bahawa satu kejelasan moral dapat dicapai walaupun komitmen kolektif terhadap keadilan itu berada pada tahap tidak pasti.