Kebajikan Sosial Teori Dan Praktis
Author/Editor: Siti Hajar Abu Bakar Ah
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831005248
Weight: 300
Pages: 227
Year: 2011
Price: RM35
Gagasan penubuhan Negara Kebajikan, ideologi dan model kebajikan berperanan penting mencorak jenis masyarakat yang diingini. Realiti semasa menunjukkan fungsi dan amalan kebajikan sosial sedang menuju transisi ke arah prinsip selektif bersasaran, remedi sosial yang hanya bersifat sementara, dan sebagai anjakan ke alam pekerjaan yang produktif. Kebajikan sosial bukan lagi bertindak sebagai medium yang mengukuhkan pergantungan berpanjangan individu kepada pemerintah. Buku ini juga memperkatakan mengenai peranan anggota masyarakat dalam setiap aspek penyediaan, pengurusan, pembiayaan dan penyampaian pelbagai jenis perkhidmatan sosial yang diperlukan oleh komuniti; bukannya semata-mata tanggungjawab tunggal pemerintah. Buku ini wajar dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana setiap kita berhak mencorak kesejahteraan hidup masing-masing.