Kebolehkerjaan Belia Berkeperluan Khas

RM30.00
9789672517672
3 item(s)
+

Kebolehkerjaan Belia Berkeperluan Khas

Editor: Tuti Ningseh Mohd Dom, Aizan Sofia Amin, Hasnah Toran, Shahida Shahimi & Siti Kartom Kamarudin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672517672
Weight: 
Pages: 122
Year: 2022
Price: RM30

Buku ini Belia berkeperluan khas (BBK) di Malaysia mempunyai keperluan khusus dan sering menghadapi cabaran untuk mendapatkan pekerjaan. Antara isu yang sering membelenggu BBK untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan adalah stigma masyarakat termasuk keluarga, majikan dan rakan sekerja. Mereka sering dilihat sebagai individu yang lemah dan kurang berupaya sebagai pekerja yang bertanggungjawab seperti orang lain. Sikap negatif terhadap BBK ini boleh menjadi penghalang utama untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan serta seterusnya hidup berdikari. Ketahui mengenai peluang pekerjaan dan kebolehkerjaan BBK khususnya bagi belia klet, autisme dan OKU fizikal di Malaysia melalui kupasan para penulis yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang kajian orang kurang upaya. Buku ini berbeza daripada beberapa buku yang berada di pasaran kerana mengupas isu kebolehkerjaan dalam kalangan BBK yang meliputi OKU masalah pembelajaran dan klef yang masih kurang mendapat liputan sebaiknya. Selain itu, laras bahasa yang digunakan juga mudah difahami para pembaca. Semoga buku ini dapat memberi pendedahan kepada khalayak pembaca dalam kalangan BBK, OKU, keluarga dan penjaga, guru dan pihak berkaitan serta berkepentingan mengenai kebolehpasaran BBK ke arah pemerkasaan sosioekonomi dan keterangkuman mereka dalam masyarakat demi memenuhi tanggungjawab sosial kita bersama.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI