Kebun Segala Raja-Raja: Bab VII Bustān al-Salāṭīn Nūr al-Dīn al-Rānīrī

RM45.00
9789672422303
1 item(s)
+

Kebun Segala Raja-Raja: Bab VII Bustān al-Salāṭīn Nūr al-Dīn al-Rānīrī 

Author: Shaykh Nūr al-Dīn al-Rānīrī 
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 978-967-2422-30-3
Weight: 
Pages: 277
Year: 2022
Price: RM45

Naskhah Bustān al-Salāṭīn telah dikarang oleh Shaykh Nūr al-Dīn al-Rānīrī, seorang ‘ulama handalan di kerajaan Aceh Dār al-Salām. Tidak ramai yang mengetahui naskhah ini mengandungi ‘ilmu perubatan yang diletakkan di bab ketujuh. Jelas sekali al-Rānīrī memandang ‘ilmu perubatan sebagai penting dalam kehidupan dan pengurusan kenegaraan.

Menariknya, kewujudan naskhah ini di Aceh sendiri pernah menjadi nadir. KEBUN SEGALA RAJA-RAJA ini adalah sebuah kajian dua naskhah Bustān al-Salāṭīn dari Yayasan Muzium dan Pendidikan Ali Hasjmy dan Dayah Tanoh Abee di Aceh yang julung-julung kali dikaji dan dibandingkan.

Naskhah ini merupakan dokumentasi bertulis dalam bahasa Melayu yang paling awal dan memiliki keunikan tersendiri seperti memasukkan ‘ilmu anatomi dan perubatan herba. Kandungannya yang saintifik sekaligus menolak secara total dan berfakta akan da‘waan Orientalis seperti Snouck Hurgronje bahawa perubatan orang Melayu adalah perubatan mistik dan tahyul.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI