Kedinamikan Dasar Luar Kerajaan Turki Di Timur Laut Afrika

RM30.00
9789672517702
5 item(s)
+

Kedinamikan Dasar Luar Kerajaan Turki Di Timur Laut Afrika 

Author: Muhammad Fauzan Rosli & Ermy Azziaty Rozali
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672517702
Weight: 0.238 kg
Pages: 159pp
Year: 2022
Price: RM30

Sejarah perkembangan Islam terutamanya di sebelah timur tout Afrika dan penguasaan Uthmaniyah di wilayah tersebut merupakan isu yang menarik untuk diteliti. Dawlah Uthmaniyah mampunyai sejarah peradaban yang panjang di benua Afrika melalui penguasaannya sejak kurun ka-16M. Walau bagaimanapun, hubungan antara kedua buah ontiti ini terhenti setelah keruntuhan dawlah Uthmaniyah dan pembentukan Republik Turki. Mutakhir ini, pentadbiran Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP) berusaha menjalinkan semula hubungan dengan wilayah berkenaan. Untuk itu, buku ini membincangkan secara menyeluruh pendekatan soft power dalam dasar luar Turki melalui hubungan diplomatik dan inisiatif ekonomi dengan wilayah di timur laut Afrika. AKP turut melancarkan Tahun Terbuka Afrika pada 2005 sebagai dasar luar yang berjaya membina imaj Turki sebagai sebuah negara demokratik dan maju dalam ekonomi serta menjuarai isu kemanusiaan. 

Sepanjang sedekad Tahun Terbuka Afrika dilaksanakan, Turki sering mengelak menggunakan pendekatan hard power walaupun pendekatan soft power sering disambut dengan dingin oleh pengaruh politik utama di timur laut Afrika seperti Amerika Syarikat, Mesir dan Arab Saudi. Selain itu, tulisan ini turut menganalisis perkembangan politik dan ekonomi domestik sajak era awal republik terhadap perubahan dasar luar Turki serta manilal implikasi pendekatan hard power terhadap hasil soft power yang berlaku sepanjang Tahun Terbuka Afrika bermula. Penelitian juga dibuat untuk melihat persamaan dan perbandingan yang membawa kepada interpretasi terhadap perkembangan dasar luar Turki di timur lout Afrika. 

Tuntasnya, pendekatan soft power Turki di timur lout Afrika dipengaruhi oleh idea sosial-konstruktivisme yang mengambil kira faktor sejarah dan perkongsian budaya dengan rantau berkenaan. Dasar luar Turki tersebut diperkukuh dengan bantuan agensi kerajaan dan menerima sokongan NGO daripada kumpulan kemanusiaan dan perniagaan. Manakala, pendekatan hard power Turki agak katara selepas peristiwa Kudeta Julai 2016. AKP mendakwa Hizmet sebagai punca kudeta tersebut dan usaha pemutihan dilakukan di pelbagai peringkat sama ada dalam sektor kerajaan dan swasta yang berkait dengan gerakan tersebut. Menerusi kupasan, penelitian dana analisis yang digarap dalam ponulisan buku ini diharap ia dapat memberikan input dan manfaat kepada khalayak pembaca.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI