Kedudukan Asnaf Ar-Riqab sebagai Penerima Zakat di Malaysia
Author: Azman Ab Rahman I Arief Salleh Rosman I Ahmad Wifaq Mokhtar I Mohd Nasir Abdul Majid I Ahmad Najaa’ Mokhtar I Muhamad Firdaus Ab Rahman
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789670393414
Weight:
Pages: 136pp
Year: 2016
Price: RM25
Pentafsiran terhadap asnaf ar-riqab sebagai penerima zakat berbeza antara setiap negeri di Malaysia. Selangor merupakan sebuah negeri yang memperkembangkan definisi ar-riqab kepada takrifan yang lebih luas melangkaui definisi hamba. Buku ini menerangkan sejarah sistem penghambaan yang pernah wujud dalam pemerintahan kerajaan-kerajaan purba seperti Mesir, Yunani dan Rom termasuk juga kedudukan hamba dalam kerajaan Islam. Selain itu, pendapat ulama dahulu dan kini serta fatwa terhadap pendefinisian ar-riqab turut dimuatkan dalam buku ini. Pembaca juga dapat mengetahui perlaksanaan ar-riqab dalam pengurusan zakat oleh Bahagian Pemulihan Riqab, Majlis Agama Islam Selangor. Diharapkan buku ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dan pengurusan zakat di Malaysia serta menjadi rujukan dalam pengagihan zakat kepada asnaf ar-riqab.