Kefakiran dan Zuhud Dalam Islam: Terjemahan Kitab al-Faqr wa al-Zuhd, al-Ghazali

Contact us for a price
9789672422396
2 item(s)

Translator: Muhammad Hasan Shaharin & Rizky Febrian
Publisher: Halaqah Muamalah
ISBN: 9789672422396
Weight: 0.450
Pages: 267pp
Year: 2023
Price: 

Orang yang zuhud ialah orang yang berdikari dan mandiri, serta tidak bergantung harapan kepada orang lain, tidak meminta-minta, dan merasa cukup dengan apa yang dimilikinya. Walaupun kebergantungannya hanya kepada Allah, namun dia tetap berusaha sedaya upaya dan sehabis baik dalam menyara kehidupan dan tanggungannya dengan bekerja mencari rezeki yang halal lagi baik. Sama ada dirinya miskin atau kaya, hidupnya tetap bersederhana, tidak boros dan membazir, tidak juga kedekut dan kikir, tidak berbuat kezaliman dan kemaksiatan, bahkan sentiasa bersungguh-sungguh memperclokkan dirinya dengan sifat-sifat yang mulia dalam memenuhi tugas hakikinya sebagai hamba dan khalifah Allah di dunia, demi memperoleh kebahagiaan abadi di akhirat sana.

Buku Kefakiran dan Zuhud dalam Islam ini merupakan terjemahan Kitab al-Faqr wa al-Zuhd, suatu bab dalam karya agung Imam al-Ghazali yang berjudul Ihya' 'Ulum al-Din. Dalam karya ini, terdapat kira-kira 66 ayat Qur'an, 358 riwayat, dan 3 syair sebagai dalil, bukti dan penjelasan berkenaan kefakiran dan zuhud. Sungguh pun kefakiran dan zuhud itu berbeza, namun saling berkait rapat, seseorang tidak dapat berada di peringkat kefakiran melainkan menempuh jalan zuhud terlebih dahulu dengan meninggalkan segala keinginan, keterkaitan dan keterpautan hati terhadap dunia dan segala macam habuan bagi dirinya. Harta diumpamakan seperti air, yang diperlukan oleh seseorang untuk meneruskan keberlangsungan hidupnya. Namun demikian, hati seseorang itu sepatutnya tidak terpaut dan tertumpu kepada air tersebut, melainkan kepada Allah sahaja.




JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI