Kekeluargaan dalam Islam

RM30.00
9789672441175
3 item(s)
+

Kekeluargaan Dalam Islam

Author: Dr. Mohd Sukki Othman
Publisher: Rimbunan Islamik Media
ISBN: 9789672441175
Weight: 0.367
Pages: 268pp
Year: 2022
Price: RM30.00

Buku ini membicarakan hal-hal berkaitan motivasi kekeluargaan dan menjawab pelbagai persoalan isu kekeluargaan yang relevan di zaman ini. Topik-topik motivasi kekeluargaan yang terkandung dalam buku ini merangkumi perkara-perkara yang wajib diketahui oleh setiap pasangan demi membentuk sebuah keluarga yang bahagian berlandaskan ajaran Islam. Sesungguhnya sesebuah keluarga yang dibina berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, pasti dapat membentuk suami isteri yang bertanggungjawab dan anak-anak terdidik akhlaknya. Dalam proses mencari pasangan pula, terdapat pelbagai panduan disisipkan dalam buku ini demi memastikan keluarga yang berkonsepkan Sakinah, mawaddah dan rahmah dapat terbina seperti yang diimpikan.

Mutakhir ini, keruntuhan dan krisis rumah tangga yang dihadapi oleh umat Islam kebanyakannya berpunca daripada sikap yang tidak mengamalkan syariat Islam. Justeru, setiap pasangan perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing di samping memegang teguh ajaran Islam dalam melayari bahtera rumah tangga agar rumah tangga yang dibina mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Seterusnya, pelbagai persoalan isu kekeluargaan yang berkaitan perkahwinan, perceraian, pendidikan, hukum-hukum ibadah dan sebagainya turut dirungkai dalam buku ini. Diharapkan pencerahan tentang persoalan-persoalan isu kekeluargaan dalam buku ini dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam meniti kehidupan yang semakin mencabar ini. Semoga juga dengan perkongsiaan ilmu dalam buku ini akan dapat mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan di samping memastikan ajaran Islam yang sebenar diamalkan dalam setiap rumah tangga.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI