Kelestarian Pengurusan Sisa Makanan bagi Sektor Perhotelan

RM30.00
9789672513155
Out of stock

Kelestarian Pengurusan Sisa Makanan bagi Sektor Perhotelan

Authors: Saraswathy Kasavan, Ahmad Fariz Mohamed & Sharina Abdul Halim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513155
Weight: 0.27kg
Pages: 169pp
Year: 2021
Price: RM30

Pengurusan sisa makanan merupakan aspek yang penting dalam industri perhotelan. Keperluan mengurus sisa makanan oleh sektor perhotelan melibatkan pelbagai faktor seperti sumber manusia, kewangan, sumber. teknologi, ruang dan sokongan pihak luar. Sehubungan dengan itu, buku ini membincangkan kecekapan penggunaan sumber yang penting dalam keperluan untuk kelestarian pengurusan sisa makanan bagi sektor perhotelan. Usaha mencapai kelestarian pengurusan sisa makanan di sektor hotel tidak lengkap tanpa menganalisis tingkah laku pihak pengurusan hotel dan juga mengenal pasti sebab-sebab yang menyumbang kepada penghasilan sisa makanan yang tinggi. Maka buku ini menggunakan model KAP (pengetahuan (K), sikap (A) dan amalan(P)) untuk menilai tingkah laku pihak pengurusan hotel untuk pengurusan sisa makanan. Dengan menggunakan kajian kes hotel di Pulau Langkawi, penelitian terhadap cabaran untuk pengurusan sisa makanan lestari telah dilaksanakan. Buku ini memberikan pengetahuan, maklumat dan idea kepada organisasi perhotelan dalam usaha untuk mengurus sisa makanan dengan pendekatan lestari terutamanya untuk mengurangkan penghasilan sisa makanan dan pada masa yang sama dapat menjimatkan kos operasi hotel, serta mengekalkan aspirasi hotel ke arah amalan mesra alam.

SARASWATHY KASAVAN (PhD) merupakan penyelidik pasca doktoral di Institute of Energy Policy and Research (IEPRe), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Beliau mengkhusus dalam bidang kelestarian pengurusan sisa makanan.

AHMAD FARIZ MOHAMED (PhD), Profesor Madya, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang dasar dan sistem pengurusan kelestarian.

SHARINA ABDUL HALIM (PhD), Pensyarah Kanan, Insitut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang komuniti peribumi dan kepulauan; kelestarian kehidupan; pembangunan pelancongan, dan pemuliharaan warisan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI